Gigi Budak Umur 6 Tahun diCABUT 17 Batang.. Kesian Sangat!!!!

6:43 PM

Assalamualaikum..

Harini Murni tak mau cerita panjang2 macam selalu..tetapi masih nak bercerita..Jadi biarlah gambar pulak yang bercerita..semoga enjoy dengan cerita ini..hihihihi.  







Malam tadi kecoh dekat group whatsapp ex-classmate masa kat poli dulu. Ceritanya bermula bila ada sorang kawan bertanya pengalaman sorang lagi kawan tentang pengalaman anaknya yang berumur 6 tahun terpaksa Operation untuk membuang 17 batang gigi susu kerana rosak teruk. kalau kawan2 nak tau macam mana ngeri & seriau nya cerita ni boleh baca printscreen whatsapp tersebut. 




*rana = macamana







Ooo patut laa dia bertanya sebab anaknya pon mengalami masalah yang sama. Terpaksa juga buang semua gigi susu kerana dah rosak. Cuma tinggal tunggul jer..Adoooiiiyaaaa tak dapat nak bayangkan.












Alahai anak no.2 akak ni pon nak kena buang juga gigi susu. Lepas baca pengalaman mereka ni baru saya tahu ramai kanak2 yang mengalami kerosakan gigi. Kenapa ya???












Tiba tang ni Mokcik Murni pon menyelit laa. Yang kaler hijau tu Murni laa yang cakap. kikiki..Jangan pelik ya ada setengah kawan panggil Murni dan ada juga yang panggil Watie/Tie.. Sebab nama Murni = Murniwati.











Alhamdulillah..Gigi Alysa & Danish memang elok. Kami suami isteri memang jaga elok2 gigi 2 beradik ni. Disamping gosok gigi 2kali sehari, minum susu dan tak bagi makan gula2 (sekali sekala bagi juga). Murni bagi Danish dan Alysa makan Supplemen (Multivitamin). 












Tengok sendiri bertapa cantik gigi 2 beradik ni (masuk bakul puji anak sendiri) By da way Alysa ni umur 5tahun dan Danish 3tahun. Murni memang perhatikan juga kebanyakan kawan2 Alysa kat tadika ramai yang gigi depan dah ronggak. Teringat masa kecik2 dulu kalau gigi rongak kawan2 akan gelar si RONGGAK. Tak mau kawan dengan si RONGGAK sebab gigi kena makan ngan ULAT..Hahahaha.








Ok laa dalam duk tak mau cerita panjang2 tetapi terpanjang pulak story nya..Biasa laa dah jadi Mak2 ni kuat berleter pulak. Akhir sekali sebagai Mak2 ni Murni sekali lagi nak juga nasihatkan Mak2 kat luar sana tolong laa jaga juga gigi anak2. Dah jadi macam kes kawan2 Murni tu kesian pulak kat anak2. Diorang kecik lagi. Kita yang tua ni pon takut nak jumpa Dentist apatah lagi nak cabut gigi. Kita cabut sebatang dah sakit. Anak kawan Murni ni sampai 17 batang lagi laa naya..Huhuhu



InshaAllah next entry Murni akan kupas lagi topik ni. Dan akan bagi tips2 penjagaan gigi macam yang Murni gunakan pada Alysa & Danish. Semoga kita semua mendapat ikhtibar dari kisah ini. Assalamualaikum.

Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. Aduh. Takot dengar. Kena jga gigi afiq dari skng..

    ReplyDelete
  2. Boleh jadi model ubat gigi tu... Gigi depa cantik ^-^

    ReplyDelete
  3. allahu..ngilu rsanya..kesian..tapi kalau tak bat macam tu nanti gigi kekal tak cantik..

    ReplyDelete
  4. di waktu anak saya masih kecil dulu saya selalu hantar cuci gigi di klinik pergigian. free saja. dapat patung mainan lagi...

    memang tak ada masaalah gigi hinggalah tumbuh gigi kekal...

    ReplyDelete
  5. budak2 ni bukannya reti sgt gosok gigi
    main gosok je..tu yg kdg2 gg cepat rosak
    so as parents kenalah pantau sllu tgk2kan kan kan kan

    ReplyDelete
  6. serius aih baca.. Farah pun mmg dok jaga gg emir.. tapi baru nie dia main jatuh.. terserpih la sikit gg depan tue..sedih btl.. sbb tengok dah makin dok rosak dah.;(

    ReplyDelete
  7. nguuuu banyaknya serius seriau terus. alhamdulilah uwais memang suka gosok gigi. sampai kalau boleh nak gosok snetiasaaaaaaa je.

    cantik gigi alysa dengan danish. teratur je. lagi satu orang kata masa dorang dah tido jangan biar puting susu yang masih ada balance susu dalam mulut dorang kan

    ReplyDelete
  8. naseb la Aqil suka gosok gigi...klau x jenuh la

    ReplyDelete
  9. Takutnya dengar comel gigi anak kak murni

    ReplyDelete
  10. dedulu gigi cabut sendiri.. hehe
    sebab penakut gila jumpa dentist

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang